Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE CLOSING CEREMONY FOR THE SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS' LEADERSHIP COURSE SERIAL 01/2026

PENANJONG GARRISON, Thursday, 04 June 2026 - A total of 60 SNCOs' from various units of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) successfully completed the Senior Non-Commissioned Officers' (SNCO) Leadership Course Serial 01/2026. Amongst the participants from the Joint Force RBAF were Sergeant Muhammad Azirul Nizan bin Kamaludin from Joint Intelligence and, Sergeant Siti Norain binti Haji Husin, Joint Logistics. The closing ceremony was held at the Warrant Officer and Senior Rank's Mess, Penanjong Garrison.

The closing ceremony was officiated by Major Dayangku Nurhazrimah binti Pengiran Haji Hassanan, Commanding Officer of Evolution Centre, Training Institute RBAF. The event commenced with the recitation of surah Al-Fatihah, followed by the presentation of certificates and excellence awards by the Guest of Honour. The event concluded with the recitation of the Closing Doa and a group photo session.

The five-week course aims to train RBAF SNCOs with a comprehensive understanding of their duties and responsibilities as effective leaders and to instill confidence in applying various knowledge and training activities at the middle level within the RBAF.




MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN SIRI 01/2026

PENANJONG GARISON, Khamis, 04 Jun 2026 – Seramai 60 PTB-PTB Kanan dari unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menamatkan kursus Kepimpinan PTB Kanan Siri 01/2026. Antara peserta kursus daripada Angkatan Bersama ABDB ialah Sarjan Muhammad Azirul Nizan bin Kamaludin, Perisikan Bersama dan Sarjan Siti Norain binti Haji Husin, Logistik Bersama. Majlis penutup bagi kursus tersebut diadakan di Mes Pegawai Waran dan PTB Kanan, Penanjong Garison.

Acara penutup disempurnakan oleh Mejar Dayangku Nurhazrimah binti Pengiran Haji Hassanan, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian sijil dan penyampaian anugerah serta ucapan penutup kursus oleh Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.

Kursus selama lima minggu ini bertujuan untuk melatih PTB-PTB Kanan dengan pemahaman yang komprehensif mengenai tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang efektif serta untuk menanamkan keyakinan dalam menerapkan berbagai pengetahuan dan aktiviti latihan di peringkat pertengahan dalam ABDB.​